Pages

Wednesday 29 February 2012

Batik zaman dulu TRADISIONAL..Kini Batik TRADISIONAL +KONTEMPORARI.....

    Dulu batik kita kenali dengan menerapkan unsur-unsur tradisional dalam penghasilannya.Contoh boleh kita lihat seperti
motif-motif yang sering digunakan pada kain batik  adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga tempatan seperti Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga Cengkih, Bunga Cina, akar-akar menjalar, paku-pakis dan corak-corak geometrik terutamanya motif Pucuk Rebung. Motif-motif ini pula diterapkan dalam berbagai susunan dan tataletak, seperti melintang, tegak, serong, tompok-tompok dan susunan batu-bata.

                               


                                

Dibawah nie pula struktur pada kain batik sarung yang sering kali kita boleh lihat.

                             





Struktur kain batik:


Gubahan motif yang cantik tidak lengkap sekiranya susunan motif tersebut ke atas kain tidak menarik. Terdapat pelbagai jenis susunan motif pada kain batik. Setiap susunan mengandungi makna yang tersendiri.


Kain batik sarung dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

  • Apit kiri dan apit kanan: Corak yang menghiasi bahagian ini dipanggil susunan menyeluruh dan diilhamkan daripada motif flora.


  • Badan kain Bahagian badan kain pula dihiasi dengan motif flora iaitu motif akar-akar menjalar. Motif ini diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan di dalam hutan yang menjalar.


  • Gunung kain Bahagian kain ini juga menggunakan susunan motif yang serupa yang terdapat pada apit kiri dan kanan kain iaitu susunan menyeluruh.


  • Kepala kain Kepala kain dihiasi dengan motif pucuk rebung. Motif ini diilhamkan dari pucuk rebung yang mengandungi motif bunga keduduk didalamnya

Warna-warna yang digunapakai seperti pewarnaan asli yang mana
pewarnaan asli dipercayai telah wujud di Mesir dan Parsi sejak 2000 tahun dahulu. la kemudian berkembang ke China dan Jepun pada abad ke 7.

Sebelum terciptanya pewarna sintetik pada pertengahan abad ke 19, semua pewarna dihasilkan daripada sumber asli seperti dedaun, bunga-bungaan, buah-buahan (beri), akar tumbuh-tumbuhan, serangga, karang-karangan serta mineral. Pusat pewarnaan telah didirikan di pesisir Mediterranean lima ribu tahun yang lampau. Pewarnaan asli telah menjadi satu kemahiran di zaman purbakala Mesir. Antara bahan yang digunakan ialah weld iaitu sejenis rumpai yang digunakan untuk mendapatkan warna kuning, pokok woad untuk warna biru dan akar pokok madder untuk warna merah.

Kaum Phoenician mahir menggunakan karang-karangan untuk menghasilkan pewarna daripada warna merah hingga ke ungu dan biru. Kebanyakan teknik ini turut digunakan oleh Orang Yunani dan Romawi. Mereka juga menggunakan kermes, sejenis serangga untuk menghasilkan pewarna merah dim archil, sejenis lichen yang terdapat di pantai yang menghasilkan warna ungu. Pada ketika itu, warna ungu disanjung tinggi dan diguna bagi melambangkan taraf dan status. Sehingga abad ke 16, pelbagai pewarna asli digunakan oleh orang Eropah yang hampir sama dengan teknik yang digunakan oleh orang Yunani dan Romawi. Pokok woad, weld dan akar madder, merupakan bahan pewarna yang paling penting sementara archil dan kemes tidak banyak digunakan dalam pewarnaan asli.


Produk yang dihasilkan juga terhad kepada kain pasang ,skaf ,baju kemeja dan pario....

Warna yang lembut.


           

Dan kini kita boleh lihat batik telah modenkan...Contoh pengolahan dari motif menjadi abstrak...Warna-warna yang garang...Dan pelbagai fesyen boleh digayakan dengan kain batik ini.






              

cantik kan bila tradisional + kontemporari digabungkan xkisahlah dari motif mahupun warna...


                      


                             

Ini antara contoh2 yang cikwie kongsikan ...warna2 moden....tapi masih mengekalkan motif-motif tradisional.


k...bye..jumpa di lain post...


Cikwie batik...

Jom kenali Batik

Bila sebut BATIK....sebenarnya luas untuk saya menerangkan tapi kita boleh kongsi serba sedikit pengenalan batik> Batik Lukis, Batik Blok/Terap, Batik Skrin...

Batik dalam sejarah


Sejarah batik yang tepat tidak dapat dipastikan tetapi artifak batikberusia lebih 2000 tahun pernah ditemui. [ Sila lawati www.story-of batik.com]. Dari manapun asalnya, hasil seni ini telah menjadiwarisan peradaban dunia.Pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yanglama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai olehsemua golongan, dari raja ke bangsawan sampai ke rakyat jelata,batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang praktikal dan popular. Dalam tradisi penulisan tradisi, kain cindai misalnya disebutdalam banyak hikayat-hikayat silam. Batik menjadi hadiahperpisahan dan perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Demandan persalinan dijadikan tanda penganugerahan darjat dalamHikayat Hang Tuah. Dalam seni wayang yang lebih terkemudian;dalam filem Sumpah Orang Minyak (P. Ramli 1968) batik dijadikan lambang pernyataan cinta yang terlarang. Dan siapa yang boleh melupakan Ramona berkemban dengan batik lepas bermandi bungadalam Fenomena (M.Nasir 1996)....huuu...


JENIS-JENIS BATIK

Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul hingga ke saat ini, dan ianya berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Corak dan kombinasi warnanya yang tidak lekang dek peredaran fesyen antarabangsa tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi pilihan.


Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara teknik utama ialah Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin dan Batik Perwarnaan Asli.
BATIK BLOK


Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah


perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua.


Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini. Hasil hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya dan ianya melambangkan kerja tangan masyarakat tempatan.


Di Malaysia, teknik terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'.Pada tahun 1930 an, penggunaan lilin dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di pantai Timur. Sejajar dengan itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan keluli mula digantikan dengan acuan kayu sebelumnya.

Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan untuk menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.




Contoh Sarang Blok.
Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam bentuk geometrik atau organik.


Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik ialah pucuk rebung, pohon ara, bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi. Manakala bagi motif fauna yang popular ialah seperti jaring ikan dan ayam.


batik sarong design 2 layers
Batik Blok 2 lapisan.
CULTURE - Interest Group Pahang (IGP)
Cara menerap lilin.


BATIK TULIS


Pengeluaran komersil Batik Tulis di Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1960 an dan memuncak pada awal tahun 1990 an. Pengeluarannya tidak lagi tertumpu kepada Kelantan dan Terengganu, malah telah berkembang ke bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Pekan di Pahang dan Sabah.
 CULTURE - Interest Group Pahang (IGP) 
Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik dan teknik pengeluran antara kedua-duanya.


Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.


Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggunakan canting. Canting merupakan bekas tembaga kecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan. Canting disikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain yang telah diregangkan di atas pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki. Kain yang telah dicanting diwarnakan, dikeringkan, dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi.

Terdapat lima jenis canting iaitu canting burung, canting kasut, canting periuk, canting bola dan canting pelbagai mata.


                                     
 
Pengenalan teknologi dalam pengeluaran Batik Tulis ialah I.C.A.T.S. Ia merupakan nama singkatan dari Sistem Tjanting Bersepadu Berbantukan Komputer - Integrated Computer Aided Tjanting System. Ia satu sistem peralatan yang menjalankan proses tjanting secara automatik. I.C.A.T.S terbahagi kepada dua sistem komputer iaitu Sistem Komputer Rekaan dan Sistem Komputer Kawalan I.C.A.T.S.


Ia membolehkan lukisan bebas digunakan, yakni sesuai untuk mereka corak-corak seperti bunga, daun dan sebagainya. Lukisan dan simbol boleh dilukis dan disimpan di dalam komputer untuk tujuan membangunkan satu khazanah corak-corak.
Antara ciri-ciri yang terdapat pada perisian ini adalah kemudahan potong dan tampal sesuatu corak yang sedang dibuat.


BATIK SKRIN

Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna.

Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filem dicuci, dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik.

Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang diregangkan di atas bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya.

Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin. Kain yang telah dicetak dikeringkan dan dimatikan warnanya sebelum dibasuh dan akhirnya dikeringkan semula. Percetakan kain boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna yang dikehendaki.

Satu pendekatan baru yang berkonsep teknologi maklumat yang dirancang oleh Kraftangan Malaysia, khasnya di Kraftangan Malaysia Cawangan di Kelantan dengan memperkenalkan System Atex Design iaitu proses perisian menghasilkan rekacorak batik secara pengendalian komputer yang dijangka akan mempercepat proses pengeluaran dan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.

Kelebihan proses Atex Design berbanding proses rekaan skrin secara manual. Cara ini dapat menghasilkan rekaan dengan baik dan cepat. Proses grafik juga dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.

CULTURE - Interest Group Pahang (IGP)
Proses menyaring batik skrin.
CULTURE - Interest Group Pahang (IGP)
Hasil kain Batik Skrin


Nie lah serba sedikit info tentang batik yang boleh cikwie kongsikan...

Sumber dari koleksi sendiri dan web kraftangan Malaysia...
                                                 

                             

Thursday 23 February 2012

hai....

Salam perkenalan sekali lagi...heeeeee....Sebelum ini cikwie dah mula dengan blog cikwie..tapi apakan daya dengan tak sengaja log xbleh buka and already remove.......huuuuu...sakit kepala den...tapi apa pun cikwie mula kan sekali lagi....Insyallah cikwie akan lakukan yang terbaik...chaiyuk...heee....So akan bemula step 1 yaa.....tunggu....