Pages

Tuesday 26 June 2012

Peralatan & bahan mewarna batik.

As'kum..hai semua hari nie cik wie akan berkongsi peralatan untuk mewarna batik.

PERALATAN MEWARNA
Berus merupakan alat terpenting yang perlu ada didalam melaksanakan  proses mewarna. Ia mempercepat kan kerja mewarna.
}   Kualiti sesuatu warna yang dihasilkan di atas permukaan kain dasar ( Putih ) bergantung kepada pemilihan berus yang sesuai dan juga saiz yang digunakan didalam melaksanakan pewarnaan corak supaya nampak ketara dan kemas.
}   Dengan demikian warna tidak akan merebak ketempat lain.


PENGGUNAAN BERUS MENGIKUT KESESUAIAN CORAK YANG DILUKIS.

}Berus Cina saiz SS/S - Corak Bunga / ranting
}Berus Cina saiz M - Corak daun / batang
} Berus Cina saiz L - Corak bunga dan daun yang besar
}Berus Lukisan - Tepi kain
}Berus Cina BercantumLatar Belakang kawasan luas

JENIS-JENIS BERUS



PERALATAN






Penggunaan troli warna amat perlu kerana cawan dan bekas warna akan nampak lebih teratur .












GAYUNG,CAWAN DAN BEKAS PLASTIK












Alat picagari digunakan untuk proses campuran warna.








Alat penyukat air digunakan semasa proses bancuhan warna.










     

Cerek air digunakan untuk memasak air bagi melakukan bancuhan warna








                                Sudu untuk mencedok warna.








         

Aspirator @ bekas warna adalah untuk menyimpan warna yang telah siap dibancuh.













Warna batik adalah dalam bentuk serbuk seperti dlm gambarajah no 3.Tapi ia ia akan dibancuh dengan air dan menjadi seperti dalam gambarajah no 4.

Ok......nie ada lah bahan2 dan perlatan mewarna..post seterusnya cara bancuhan warna dan proses mewarna..

Monday 21 May 2012

Kaedah penyediaan lilin

As"kum...hai. hari nie cikwie akan kongsikan serba sedikit cara PENYEDIAAN LILIN .....

OBJEKTIF:

Boleh menyediakan bancuhan lilin mengikut resipi supaya menghasilkan bancuhan yang bersesuaian dengan fungsi dan teknik membatik.

PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN:

LILIN PUTIH


DAMAR/ ROZIN



PERIUK /Bekas memasak lilin + DAPUR




Kedua2 bahan tadi akan ditimbang iaitu Lilin (parafin) 40% + Damar( rozin ) 60%.Bahan tersebut akan dicairkan didalam periuk aliminium dan dipanaskan diatas dapur. Dibawah adalah gambarajah dimana lilin dan rozin telah dimasak dan dibekukan.

LILIN + DAMAR = Yang telah siap dimasak.

 

Bila lilin sudah cair prose mecanting boleh dilakukan.



Lilin yang masak sekata warna nya akan kekuning-kuningan.


Ok....kita kan bersambung dgn post baru yg bertajuk...Jenis-jenis canting.






Thursday 8 March 2012

How to Create Tulip Tie Dye Heart

How To Apply Colours To Silk Scarf

SEI Tumble dye Rubber Band Method Tutorial

Tie-dye scrunch t-shirt using fabric spray paint

Proses Ikat Celup



Ikat dan celup.


Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian- bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kainhendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki


Ikatan dan celupan-

Jenis-jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisi dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan
5. Lukisan - pentingnya unsur garisan-atas kertas media kering


Jwp - Lukisan adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dangosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan.

  • -Komponen alat dan media yang digunakan ialah pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dankanvas.-
  •  Lukisan boleh dihasilkan dgn 2 cara iaitu Lukisan tanpa warna dan Lukisan berwarna.
                                                                           
           

Antara jenis-jenis ikatan yang boleh kita guna pakai.

                                   




                                     

Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikat celup ialah:

1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya

                                       



4. Warna, dye (jenis remazol, dylon,napthol)

Warna remazol serbuk dan disebelahnya yang sudah dibancuh,
Things to make and do - art: Tie Dyeing
Warna dylon.
                                     
5. Sodium silikat (pemati warna)
                                



  
Proses

1. Bancuh warna dengan sedikit garam
2. Ikat kain, jahit atau simpul kain mengikut rekaan

Things to make and do - art: Tie Dyeing


 

Things to make and do - art: Tie DyeingThings to make and do - art: Tie Dyeing



                            

3. Celup kain beberapa kali bagi mendapatkan kesan yang baik

    Things to make and do - art: Tie Dyeing
* kain yang dicelup dengan warna Dylon.



 

* Warna yang dicelup dengan warna remazol.


* Warna yang disapu.

4. Kain dikeringkan
 
5. Rendam/sapu dengan sodium silikat/pemati warna (jika perlu untuk mengekalkan warna)
6. Buka ikatan/jahitan atau simpulan
7. Basuh kain dan keringkan
*Bagi mendapatkan warna yang beraneka, kain perlu diulang ikat dan celup dengan warna-warna lain. Mulakan dengan warna yang cerah. Kaedah menyapu warna dengan berus atau menitis warna juga boleh digunakan. 

Hasil2 ikatan yang diperolehi.



Things to make and do - art: Tie Dyeing


Things to make and do - art: Tie Dyeing 

Things to make and do - art: Tie Dyeing


heeee.....nielah serba sedikit yang cikwie boleh kongsi tentang tajuk Proses ikat celup...ok kita jumpa lain post....bye.....
 

Ikat celup pewarnaan asli ( Natural Dyes )

Hai..kat sini cikwie kongsikan  produk ikat celup menggunakan pewarnaan asli.




  • Teknik pewarnaan asli.




Kain ikat celup dari pewarnaan asli / natural dyes


                            

Dan ini antara bahan2 yang digunakan...

                                   



                        


                                     










Proses Natural Dye




Tahukah anda daun ketapang boleh dijadikan pewarna dalam proses pembatikan. Ia dinamakan pewarnaan semulajadi atau ‘Natural Dye’. Sebelum proses menghasilkan warna, peralatan yang diperlukan ialah seperti berikut :
• Periuk stainless steel
• Dapur gas
• Besin
• Penapis
• Bekas kedap udara untuk menyimpan warna yang telah diproses
• Kain penapis
• Corong
• Gayung
• Sarung tangan
• Gunting dan pisau
• Mesin pengisar bahan
• Senduk pengacau



Periuk stainless steel yang digunakan untuk merebus bahan pewarna dari sumber alam.



Bahan Pemati Warna


Warna-warna dari sumber semulajadi ini juga perlu menjalani proses mematikan warna tetapi menggunakan cara dan bahan yang berlainan. Bahan-bahan pemati warna adalah terdiri daripada bahan kimia berakali seperti:
• Iron (II) sulfate
• Iron (III) sulfate
• Coppert (II) sulfate
• Potassium Aluminium sulfate (Alum)
• Potassium Dtchromate (Chrome)
• Soda Ash



Copper – bahan pemati warna yang telah dilarutkan di dalam air biasa



Bahan-bahan lain yang digunakan sebagai pemati warna ialah seperti
• Kapur makan
• Kapur simen
• tawas

Kapur akan dilarutkan di dalam air yang banyak terlebih dahulu setelah mendap barulah airnya digunakan sebagai bahan pemati warna .



Kapur makan – bahan pemati warna yang telah dilarutkan di dalam air.



Proses Menghancur Dan Meracik Daun Ketapang


Proses ini ada dilakukan secara manual dan juga menggunakan mesin pengisar.





Bahan-bahan yang dikisar menggunakan mesin pengisar.
Mesin pengisar daun




Bagi mendapatkan hasil yang lebih memuaskan daun ketapang hendaklah dikisar menggunakan mesin pengisar supaya menjadi lebih lumat. Daun yang lebih lumat akan dapat menghasilkan warna yang lebih pekat berbanding bahan-bahan yang dihancurkan secara manual. Selain daripada warna yang kurang pekat jangkamasa merebus juga lebih lama jika dibandingkan dengan daun - daun yang telah dikisar halus.



Daun ketapang yang dihancurkan secara manual dengan menggunakan pisau dan gunting.



Setelah daun-daun dihancurkan proses yang seterusnya ialah merebus. Jangkamasa yang diambil ketika merebus ialah di antara 6 – 8jam bergantung kepada beberapa perkara seperti:
• Kuantiti bahan
• Kuantiti air
• Saiz periuk
• Kekuatan api dapur



Daun ketapang yang sedang dididihkan di dalam periuk.



Penapisan Abstrak “Natural Dye’


Proses ini hendaklah dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan yang boleh membawa kecederaan. Alatan menapis yang digunakan ialah penapis plastik dan juga kain cotton yang bersih bagi mendapatkan hasil warna yang asli dan bersih daripada sebarang hampas .Gayung digunakan sebagai alat untuk menceduk bahan - bahan yang telah direbus sebelum dituangkan ke dalam besen.



Setelah ditapis menggunakan penapis plastik larutan warna ditapis lagi menggunakan kain cotton bagi mendapatkan hasil yang asli dan bersih.



Pemelarutan Bahan Pemati Warna


Bahan – bahan pemati warna mestilah dilarutkan di dalam air terlebih dahulu sebelum digunakan. Bagi mendapatkan larutan kapur nisbah campurannya ialah seperti berikut:
• 100 gm Kapur + 2000 ml air

Manakala bagi membuat larutan bahan kimia berakali pula ialah seperti berikut:
• 10 gm Iron + 1500 ml air
• 10 gm Copper + 1500 ml air
Kaedah mematikan warna boleh dilakukan secara sapuan dan juga secara rendaman. Bagi mendapatkan warna yang lebih pekat dan tua proses pencelupan warna dan proses mematikan warna perlu dilakukan secara berulang – ulang.

Kaedah cantingan rekacorak bermotif asli menggunakan pewarnaan sumber semulajadi dengan teknik sapuan warna. Pewarnaan asli juga boleh diaplikasikan dalam teknik ikat dan celup.







ok...nie serba sedikit yang boleh cikwie kongsikan.....bhan rujukan dari koleksi IKN....tempat ku menimba ilmu....