Jom berkongsi serba sedikit info tentang batik dan pa2 je art yang menarik...Kita share pa yang oleh...Ada diantaranya adalah hasil kerja cikwie sendiri + nota cikwie sendiri,serba sedikit rujukan yang dapat dari rakan2 dan ada diantaranya cikwie GOOgle jer....So sesiapa pun boleh comment kalau nak tahu lebih lanjut..mana tau pa yang cikwie catatkan salah....boleh diperbaiki kan..cikwie pun masih belajar dan Insyallah akan terus belajar.....
Thursday, 8 March 2012
Proses Ikat Celup
Ikat dan celup.
Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian- bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kainhendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki
Ikatan dan celupan-
Jenis-jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisi dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan
5. Lukisan - pentingnya unsur garisan-atas kertas media kering
Jwp - Lukisan adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dangosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan.
- -Komponen alat dan media yang digunakan ialah pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dankanvas.-
- Lukisan boleh dihasilkan dgn 2 cara iaitu Lukisan tanpa warna dan Lukisan berwarna.
Antara jenis-jenis ikatan yang boleh kita guna pakai.
Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikat celup ialah:
1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya
4. Warna, dye (jenis remazol, dylon,napthol)
Warna remazol serbuk dan disebelahnya yang sudah dibancuh, |
Warna dylon. |
5. Sodium silikat (pemati warna)
Proses
1. Bancuh warna dengan sedikit garam
2. Ikat kain, jahit atau simpul kain mengikut rekaan
1. Bancuh warna dengan sedikit garam
2. Ikat kain, jahit atau simpul kain mengikut rekaan
3. Celup kain beberapa kali bagi mendapatkan kesan yang baik
* kain yang dicelup dengan warna Dylon.
* Warna yang dicelup dengan warna remazol.
* Warna yang disapu.
4. Kain dikeringkan
5. Rendam/sapu dengan sodium silikat/pemati warna (jika perlu untuk mengekalkan warna)
6. Buka ikatan/jahitan atau simpulan
7. Basuh kain dan keringkan
*Bagi mendapatkan warna yang beraneka, kain perlu diulang ikat dan celup dengan warna-warna lain. Mulakan dengan warna yang cerah. Kaedah menyapu warna dengan berus atau menitis warna juga boleh digunakan.
Hasil2 ikatan yang diperolehi.
heeee.....nielah serba sedikit yang cikwie boleh kongsi tentang tajuk Proses ikat celup...ok kita jumpa lain post....bye.....
Ikat celup pewarnaan asli ( Natural Dyes )
Hai..kat sini cikwie kongsikan produk ikat celup menggunakan pewarnaan asli.
Proses Natural Dye
Tahukah anda daun ketapang boleh dijadikan pewarna dalam proses pembatikan. Ia dinamakan pewarnaan semulajadi atau ‘Natural Dye’. Sebelum proses menghasilkan warna, peralatan yang diperlukan ialah seperti berikut :
• Periuk stainless steel
• Dapur gas
• Besin
• Penapis
• Bekas kedap udara untuk menyimpan warna yang telah diproses
• Kain penapis
• Corong
• Gayung
• Sarung tangan
• Gunting dan pisau
• Mesin pengisar bahan
• Senduk pengacau
Periuk stainless steel yang digunakan untuk merebus bahan pewarna dari sumber alam.
Bahan Pemati Warna
Warna-warna dari sumber semulajadi ini juga perlu menjalani proses mematikan warna tetapi menggunakan cara dan bahan yang berlainan. Bahan-bahan pemati warna adalah terdiri daripada bahan kimia berakali seperti:
• Iron (II) sulfate
• Iron (III) sulfate
• Coppert (II) sulfate
• Potassium Aluminium sulfate (Alum)
• Potassium Dtchromate (Chrome)
• Soda Ash
Copper – bahan pemati warna yang telah dilarutkan di dalam air biasa
Bahan-bahan lain yang digunakan sebagai pemati warna ialah seperti
• Kapur makan
• Kapur simen
• tawas
Kapur akan dilarutkan di dalam air yang banyak terlebih dahulu setelah mendap barulah airnya digunakan sebagai bahan pemati warna .
Kapur makan – bahan pemati warna yang telah dilarutkan di dalam air.
Proses Menghancur Dan Meracik Daun Ketapang
Proses ini ada dilakukan secara manual dan juga menggunakan mesin pengisar.
Bahan-bahan yang dikisar menggunakan mesin pengisar.
Mesin pengisar daun
Bagi mendapatkan hasil yang lebih memuaskan daun ketapang hendaklah dikisar menggunakan mesin pengisar supaya menjadi lebih lumat. Daun yang lebih lumat akan dapat menghasilkan warna yang lebih pekat berbanding bahan-bahan yang dihancurkan secara manual. Selain daripada warna yang kurang pekat jangkamasa merebus juga lebih lama jika dibandingkan dengan daun - daun yang telah dikisar halus.
Daun ketapang yang dihancurkan secara manual dengan menggunakan pisau dan gunting.
Setelah daun-daun dihancurkan proses yang seterusnya ialah merebus. Jangkamasa yang diambil ketika merebus ialah di antara 6 – 8jam bergantung kepada beberapa perkara seperti:
• Kuantiti bahan
• Kuantiti air
• Saiz periuk
• Kekuatan api dapur
Daun ketapang yang sedang dididihkan di dalam periuk.
Penapisan Abstrak “Natural Dye’
Proses ini hendaklah dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan yang boleh membawa kecederaan. Alatan menapis yang digunakan ialah penapis plastik dan juga kain cotton yang bersih bagi mendapatkan hasil warna yang asli dan bersih daripada sebarang hampas .Gayung digunakan sebagai alat untuk menceduk bahan - bahan yang telah direbus sebelum dituangkan ke dalam besen.
Setelah ditapis menggunakan penapis plastik larutan warna ditapis lagi menggunakan kain cotton bagi mendapatkan hasil yang asli dan bersih.
Pemelarutan Bahan Pemati Warna
Bahan – bahan pemati warna mestilah dilarutkan di dalam air terlebih dahulu sebelum digunakan. Bagi mendapatkan larutan kapur nisbah campurannya ialah seperti berikut:
• 100 gm Kapur + 2000 ml air
Manakala bagi membuat larutan bahan kimia berakali pula ialah seperti berikut:
• 10 gm Iron + 1500 ml air
• 10 gm Copper + 1500 ml air
Kaedah mematikan warna boleh dilakukan secara sapuan dan juga secara rendaman. Bagi mendapatkan warna yang lebih pekat dan tua proses pencelupan warna dan proses mematikan warna perlu dilakukan secara berulang – ulang.
Kaedah cantingan rekacorak bermotif asli menggunakan pewarnaan sumber semulajadi dengan teknik sapuan warna. Pewarnaan asli juga boleh diaplikasikan dalam teknik ikat dan celup.
ok...nie serba sedikit yang boleh cikwie kongsikan.....bhan rujukan dari koleksi IKN....tempat ku menimba ilmu....
- Teknik pewarnaan asli.
Kain ikat celup dari pewarnaan asli / natural dyes |
Dan ini antara bahan2 yang digunakan...

I love tie & dyes....Ikat celup...
As'kum...Huuuuuuu...bila sebut ikat celup..waaa apa dalam fikiran < duniaku diwarnai>....cantik bangat..Macam produk boleh terhasil dari teknik ikat celup ini...teknik ini adalah salah satu teknik dalam batik...Jom kita tengok hasil produk yang boleh dihasilkan dari teknik Ikat celup...
T-shirt
Seluar ikat celup
Jaket ikat celup.
Beg ikat celup.
Warnai hidup anda dengan ikat celup.....cantik
Dress /skirt tie & dyes...
huuuuu.....saya memang jatuh cinta dengan teknik ikat celup ini.......
T-shirt
Seluar ikat celup
Jaket ikat celup.
Beg ikat celup.
Warnai hidup anda dengan ikat celup.....cantik
Dress /skirt tie & dyes...
huuuuu.....saya memang jatuh cinta dengan teknik ikat celup ini.......
Subscribe to:
Posts (Atom)